Aqilslweet

Tentang Kami

Halaman Utama / Tentang Kami

Tentang Kami

Cerita Kami

AQILLSWEET ENTERPRISE ialah sebuah perniagaan milikan tunggal yang beroperasi dalam bidang penyediaan makanan, khususnya hidangan Nasi Arab asli serta pelbagai menu tempatan untuk majlis rasmi, kenduri, jamuan korporat dan katering harian.

Kami komited untuk menyajikan makanan yang segar, halal dan berkualiti tinggi bagi memenuhi cita rasa pelanggan. Dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan, AQILLSWEET ENTERPRISE sentiasa menekankan aspek kebersihan, layanan mesra serta kepuasan pelanggan sebagai keutamaan utama.

Misi

  • Menyediakan makanan yang sedap, berkualiti dan halal pada harga yang berpatutan.
  • Memberi perkhidmatan katering yang profesional, menepati masa dan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Menjadi pilihan utama masyarakat dalam penyediaan hidangan Nasi Arab dan jamuan istimewa.

Visi

Menjadi syarikat penyedia makanan dan katering bumiputera yang unggul di Malaysia, dikenali kerana kualiti rasa, layanan terbaik dan kejujuran dalam setiap hidangan yang disajikan

Tentang Kami

Nilai Teras Kami

Kualiti

Menjamin setiap hidangan disediakan dengan bahan segar dan cita rasa terbaik.

Kejujuran

Mengamalkan kejujuran dalam setiap urusan perniagaan dan penyediaan makanan.

Kepuasan Pelanggan

Keutamaan kami ialah senyuman pelanggan selepas menikmati hidangan kami.

Kebersihan

Menjaga kebersihan dapur, pekerja dan persekitaran sebagai tanda tanggungjawab.

Professionalisme

Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan menepati masa.

Aqilsweet

Tempah Hidangan Anda Hari Ini!

Nikmati pengalaman katering terbaik dengan sajian Nasi Arab dan pelbagai menu istimewa daripada AQILLSWEET ENTERPRISE.

Scroll to Top